NOTA PROSES TANAMAN CENDAWAN
Penyediaan bangsal dan peralatan seperti:
Dapur gas
Tong dram/pengukus
Plastik
Set leher dan penutup
kapas
Penyediaan bahan mentah seperti:
Habuk kayu
Dedak padi
Kapur pertanian
Benih cendawan
Proses membuat bongkah dan penyuntikan benih:
Bancuh media hasil dari campuran habuk kayu, dedak padi dan kapur dengan nisbah 100:10:1
Masukkan media dalam plastic pp dan masukkan tudung serta kapas
Proses mengukus selama 3-7 jam
Biarkan sejuk semalaman didalam tong
Proses seterusnya, menyuntik benih didalam bongkah yang telah siap dikukus.
Pindahkan ke tempat pemeraman
Proses pemeraman:
Pindahkan bongkah yang disuntik benih ke tempat pemeraman
Biar misilium turun sehingga penuh bongkah selama 30 hari atau lebih, bergantung benih yang digunakan
Buka penutup atau keratan suratkhabar yang terdapat pada leher bongkah cendawan.
Korek sedikit pada bahagian atas bongkah cendawan dan biarkan.
Proses mengutip hasil:
Petik cendawan yang keluar selepas di buka beberapa hari
Korek bahagian yang mempunyai lebihan akar
Kemudian tutup kembali bongkah dengan penutup dan buka semula selepas beberapa hari dan ulangi proses seperti keluaran pertama.
Tuaian ke-2 tidak perlu dikorek jika tidak terdapat akar didalamnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan