Ahad, 4 Disember 2011

E-BOOK PANDUAN TANAMAN CENDAWAN




DAPATKAN E-BOOK PANDUAN TANAMAN CENDAWAN SENDIRI DENGAN HARGA RM 10.00 SAHAJA!!



E-BOOK INI DILENGKAPI DENGAN CARA PEMBUATAN CENDAWAN DARI A-Z DAN DI SERTAKAN TIP DALAM TANAMAN CENDAWAN.. SETIAP PENERANGAN DALAM BUKU INI DISERTAKAN DENGAN GAMBAR UNTUK MEMUDAHKAN LAGI PEMAHAMAN PEMBACA.



BAGI PEMINAT ATAU SESIAPA YANG INGIN BERJINAK-JINAK DALAM BIDANG PERTANIAN KHUSUSNYA TANAMAN CENDAWAN BOLEHLAH MEMBELI E-BOOK INI DENGAN CARA SEPERTI BERIKUT:




BANK IN RM 10.00 KE

CIMB BANK

0903-0006613-523


(ROZUWAN B ROSLAN)




SILA BUAT PENGESAHAN SEPERTI FORMAT BERIKUT:


E-BOOK<>TARIKH<>MASA<>JUMLAH<>BANK<>

NAMA PENGIRIM<>EMAIL PENGIRIM


KE 017-4713511 (SMS)




LINK MUATURUN E-BOOK AKAN DIBERIKAN KEPADA PENGIRIM SETELAH PENGESAHAN DITERIMA


LINK AKAN DIHANTAR KEPADA EMAIL PEMBELI TIDAK KURANG DARI 24 JAM DAN SEBARANG MASALAH BOLEH MENGHUBUNGI SECARA TERUS ATAU SMS SEPERTI NO DI ATAS.

Ahad, 19 Jun 2011

RESEPI CENDAWAN GORENG

Resipi cendawan goreng Bahan-bahan:

Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Rempah kari
Garam
Lada serbuk
Air

Cara membuatnya:
Bancuh rempah kari, garam dan lada serbuk dengan air. Biarkan ia cair seperti membuat tepung pisang goreng.

Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras dalam satu bekas.Celup cendawan tadi dalam campuran rempah kari.

Golekkan cendawan yang bercelup di atas campuran 3 jenis tepung tadi sedia untuk menggoreng.

Untuk menghasilkan cendawan goreng sejukbeku, cendawan tadi di goreng tiga suku masak sahaja dan dimasukkan dalam freezer.

Rabu, 15 Jun 2011

COMPARE THAILAND VS MALAYSIA


hasil dari benih Malaysia



hasil dari benih Thailand



Ciri-ciri benih (Malaysia)


1. Tebal

2. jumlah kuntum 3-5 atau lebih

3. Lebar

4. Warna kelabu yang ketara

5. Mengambil masa 30, 45 atau 60 hari tempoh pemeraman sebelum tuai

6. Berat purata setiap keluaran bagi 1 bongkah lebih kurang 50gm atau lebih



Ciri-ciri benih (Thailand)


1. Nipis sedikit berbanding benih malaysia

2. Jumlah kuntum antara 5-20 atau lebih

3. kecil sedikit dan kekadang lebar.

4. Warna kelabu keputihan

5. mengambil masa 28-30 hari tempoh pemeraman sebelum tuai

6. Berat purata setiap keluaran bagi 1 bongkah lebih kurang 50gm atau lebih



Bergantung kepada pembeli benih yang mana sesuai....

Ini berdasarkan pengamatan yang saya lihat sendiri. Jika ada kesalahan tentang info ini saya memohan maaf. saya pun budak baru belajar ;)



Jumaat, 10 Jun 2011

NOTA RINGKAS PENANAMAN CENDAWAN

NOTA PROSES TANAMAN CENDAWAN


Penyediaan bangsal dan peralatan seperti:

Dapur gas
Tong dram/pengukus
Plastik
Set leher dan penutup
kapas

Penyediaan bahan mentah seperti:

Habuk kayu
Dedak padi
Kapur pertanian
Benih cendawan

Proses membuat bongkah dan penyuntikan benih:

Bancuh media hasil dari campuran habuk kayu, dedak padi dan kapur dengan nisbah 100:10:1
Masukkan media dalam plastic pp dan masukkan tudung serta kapas
Proses mengukus selama 3-7 jam
Biarkan sejuk semalaman didalam tong
Proses seterusnya, menyuntik benih didalam bongkah yang telah siap dikukus.
Pindahkan ke tempat pemeraman

Proses pemeraman:

Pindahkan bongkah yang disuntik benih ke tempat pemeraman
Biar misilium turun sehingga penuh bongkah selama 30 hari atau lebih, bergantung benih yang digunakan
Buka penutup atau keratan suratkhabar yang terdapat pada leher bongkah cendawan.
Korek sedikit pada bahagian atas bongkah cendawan dan biarkan.

Proses mengutip hasil:

Petik cendawan yang keluar selepas di buka beberapa hari
Korek bahagian yang mempunyai lebihan akar
Kemudian tutup kembali bongkah dengan penutup dan buka semula selepas beberapa hari dan ulangi proses seperti keluaran pertama.
Tuaian ke-2 tidak perlu dikorek jika tidak terdapat akar didalamnya

Isnin, 6 Jun 2011

unknown species....









ni la rupa bentuknya....


Sambil-sambil siram pokok bunga. Saya terjumpa beberapa kuntum cendawan yang tidak diketahui spesis jenis apa.Bentuk cantik macam ten pin bowling. putih plak tu..maybe dari tanah baja yang dibeli untuk pokok bunga.Apa pun aku nak biar dan tengok besar mana dia tumbuh...


Rabu, 1 Jun 2011

CENDAWAN CUP

cendawan cawan 'cup'



sesuai diletakkan di ruang kabinet dapur


produk terbaru.....cendawan 'cup' mudah diletak dikawasan dapur. Sesuai untuk surirumah dan sesiapa sahaja yang berminat untuk dijadikan hobi dan makanan dalam skala yang kecil. Ruang kecil membolehkan misilium memenuhi ruang dalam masa yang singkat 15 hari. Kekerapan tuaian 4-5 kali..